Tahniah Jifrin SUT MAFFI dan Jumain SUT KTTP – Jamawi

Jifrin Jumain Jamawi

Oleh David E.

KOTA KINABALU: 25 Julai 2026 – Datuk Jifrin Hj Mohamad, 57, dilantik sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) yang baharu berkuat kuasa serta-merta.

Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Pertanian, MAFFI. Dalam tempoh perkhidmatannya sebagai pengarah, beliau aktif dalam pelbagai inisiatif memajukan sektor pertanian negeri, termasuk program pembangunan tanah terbiar dan projek inkubator pertanian yang melatih usahawan tani baharu.

Dalam pelantikan sama, Datuk Jumain Abdul Ghani akan memulakan tugas sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) bermula 27 Julai 2026. Beliau sebelum ini merupakan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar, mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pegawai kanan itu dan menyatakan keyakinan bahawa mereka mampu menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri.

“Selamat melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat Sabah keseluruhannya,” kata Jamawi.

Beliau berharap kedua-dua Setiausaha Tetap dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan serta memacu pembangunan negeri demi kesejahteraan rakyat Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal