Sabah tegaskan kuasa imigresen MA63 tidak boleh dirunding – Hajiji

242c5c8a 90aa 4edc 812d c0673f737d67

KOTA KINABALU, 22 Julai – Kerajaan Sabah menegaskan kuasa autonomi imigresen negeri itu tidak boleh dirunding. Kuasa tersebut termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan perlu terus dipelihara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, berkata pendirian itu diambil supaya Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Malaysia 2024 tidak menghakis hak autonomi Sabah dalam urusan imigresen.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Isnain Haji Aliasnih, menyampaikan jawapan itu ketika menjawab soalan Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (Tamparuli) di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, pada Selasa.

Menurut Isnain, kerajaan negeri telah mengemukakan pendirian itu melalui surat rasmi kepada Perdana Menteri. Surat itu menegaskan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah perlu terus mengawal semua pintu masuk ke negeri ini.

“Kerajaan Negeri Sabah ingin menegaskan bahawa kuasa imigresen kepada Sabah yang termaktub di bawah Artikel Lima (V) Perjanjian Malaysia 1963 merupakan kuasa yang tidak boleh dirunding,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri juga mengekalkan pengeluaran Not-To-Land (NTL) di bawah bidang kuasa Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah.

Kerajaan negeri akan terus memastikan jaminan perlembagaan berkaitan kedudukan Sabah dipelihara. Beliau menegaskan hak istimewa dan kuasa autonomi imigresen negeri tidak akan terhakis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal