Kimanis tidak diteruskan, Beaufort diteliti untuk taman perindustrian baharu

FW1521997 KL09 03112025 PARLIMEN mpr

KOTA KINABALU: 21 Julai 2026 – Kerajaan Sabah tidak akan meneruskan cadangan pembangunan taman perindustrian baharu di Kimanis berikutan kos pengambilan tanah yang tinggi, sebaliknya sedang menilai Beaufort sebagai lokasi alternatif yang lebih sesuai.

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Jonnybone Kurum, berkata keputusan itu dibuat selepas penilaian mendapati pembangunan di kawasan yang dikenal pasti di Kimanis melibatkan lebih 1,500 pemilik geran tanah.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Haji Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir (Pantai Manis) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.

Menurut beliau, MINDET bersama Jabatan Tanah dan Ukur Sabah sebelum ini telah menjalankan penilaian awal untuk mengenal pasti kawasan yang sesuai bagi pembangunan taman perindustrian di Kimanis.

“Berdasarkan semakan awal, dianggarkan lebih daripada 1,500 pemilik geran tanah terlibat sekiranya pembangunan taman perindustrian baharu diteruskan di lokasi tersebut.”

Jonnybone berkata, keadaan itu akan memberi implikasi kewangan yang besar kepada kerajaan negeri, terutama melibatkan kos pengambilan tanah dan kemungkinan kos pemindahan penduduk.

Jelasnya, mengambil kira faktor itu, Jemaah Menteri pada Februari 2025 memutuskan supaya cadangan pembangunan taman perindustrian di lokasi berkenaan tidak diteruskan.

“Keputusan itu tidak bermaksud agenda pembangunan perindustrian di Sabah dihentikan. Sebaliknya, kementerian telah mengambil langkah proaktif untuk meneroka kawasan alternatif yang lebih sesuai dan berdaya laksana, termasuk di Beaufort.”

Menurut beliau, Beaufort kini sedang dinilai kerana mempunyai kedudukan yang strategik dan memerlukan pengambilan tanah yang lebih rendah berbanding lokasi asal di Kimanis, sekali gus dapat mengurangkan kos pembangunan dan mempercepatkan pelaksanaan projek.

Justeru katanya, kementerian kini menyelaras penilaian bersama agensi berkaitan untuk memastikan pembangunan taman perindustrian baharu dapat dilaksanakan secara strategik, berdaya maju dan memberi pulangan ekonomi yang optimum kepada Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal