Oleh: Nurul Fazliana Norman
TAWAU: 14 Julai 2026 – Seorang lelaki warga asing berusia lingkungan 50 tahun ditahan selepas dipercayai memiliki dadah jenis syabu dalam satu operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di Kampung Hidayat, Batu 4, kelmarin.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Supt Wilnyton Enchana Watt berkata, suspek ditahan selepas mengaku menyimpan barang salah ketika operasi dijalankan.
“Hasil pemeriksaan mendapati suspek menyerahkan satu paket plastik lutsinar mengandungi bahan hablur jernih disyaki syabu dianggarkan seberat berat 0.08 gram,” katanya.
“Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati lelaki itu positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” tambah beliau.
Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana memasukkan dadah berbahaya ke dalam badan.
Menurutnya, BSJND IPD Tawau akan terus mempergiat operasi membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah untuk memastikan keselamatan juga kesejahteraan masyarakat.
Sumber: Polis Daerah Tawau

