Tiada lagi Brazil di Piala Dunia 2026, Norway lakar sejarah ke suku akhir

Gambar Erling Meraikan Gol Kemenangan

EAST RUTHERFORD: 6 Julai 2026 – Perjuangan Brazil di Piala Dunia 2026 akhirnya ditutup setelah tewas 1-2 kepada Norway dalam aksi pusingan 16 terbaik di Stadium New York New Jersey, jam 4 pagi waktu Malaysia pada 6 Julai.

Walaupun menguasai sekitar 60 peratus permainan, Brazil gagal memanfaatkan peluang terbaik apabila sepakan penalti Bruno Guimarães pada babak pertama diselamatkan penjaga gol Norway, Ørjan Nyland. Kegagalan itu menjadi titik perubahan yang membuka ruang kepada Norway bangkit pada separuh masa kedua.

Gambar Brazil Terkeluar Carta
Neymar dan pasukan Brazil yang kecewa dengan keputusan perlawanan. Foto – FIFA

Erling Haaland muncul pemusnah Brazil apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-79 dan ke-90 hasil permainan serangan balas yang tersusun. Neymar hanya mampu merapatkan kedudukan menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan, namun jaringan itu tidak cukup untuk mengelakkan Brazil daripada tersingkir.

Kemenangan itu bukan sahaja membawa Norway ke suku akhir Piala Dunia buat kali pertama, malah mengekalkan rekod pasukan Scandinavia itu yang masih belum pernah tewas kepada Brazil dalam lima pertemuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal