Gangguan bekalan gas paksa pelaksanaan catuan elektrik berjadual di Sabah

WhatsApp Image 2026 06 29 at 3.42.11 PM

KOTA KINABALU: 29 Jun 2026 – Sabah Electricity Sdn. Bhd. (Sabah Electricity) akan melaksanakan catuan bekalan elektrik secara berjadual di beberapa kawasan di seluruh Sabah berikutan kekurangan kapasiti penjanaan dalam sistem grid negeri.

Dalam satu kenyataan, syarikat utiliti itu memaklumkan keadaan tersebut berpunca dari gangguan pada platform gas luar pesisir milik Petroliam Nasional Berhad (Petronas), yang menjejaskan bekalan gas kepada beberapa Penjana Kuasa Bebas (IPP). Keadaan itu menyebabkan pengurangan kapasiti penjanaan elektrik sekali gus memberi kesan kepada kestabilan sistem grid Sabah.

Menurut Sabah Electricity, pelaksanaan catuan berjadual merupakan langkah pengurusan sistem bagi memastikan kestabilan bekalan elektrik negeri dapat dikekalkan sementara kerja-kerja pemulihan kapasiti penjanaan sedang dijalankan.

Syarikat itu turut memaklumkan bahawa segala usaha sedang dilakukan untuk meminimumkan tempoh gangguan bekalan serta mengurangkan kesan terhadap pengguna.

Orang ramai disarankan mendapatkan maklumat terkini mengenai kawasan yang terlibat dan perkembangan semasa menerusi saluran rasmi Facebook Sabah Electricity Careline atau menghubungi talian Careline 15444.

Sabah Electricity turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami pengguna serta menghargai kesabaran dan kerjasama orang ramai sepanjang tempoh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal