LAHAD DATU: 23 JUN 2026 – Seorang lelaki warga asing berusia 40 tahun ditahan selepas polis merampas 50.75 gram dadah jenis syabu dalam serbuan Op Tapis di Kampung Sharip Simunul, Jalan Silam, kelmarin.
Serbuan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Lahad Datu itu berjaya menahan suspek dan merampas lapan paket plastik lutsinar mengandungi dadah disyaki syabu.
Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM5,582.50.
Hasil ujian saringan awal mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah.
Polis kini menjalankan siasatan lanjut untuk mengesan sumber bekalan dadah dan individu lain yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran berkenaan.
Sumber: Polis Daerah Lahad Datu
