MA63 dan perpaduan antara legasi terbesar Tun Fuad

ce3bbfc7 f6a9 4073 a72a 9ea373b3215b

KOTA KINABALU: 15 Jun 2026 – Perjuangan Tun Fuad Stephens dalam pembentukan Malaysia, pemeliharaan hak Sabah melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan penyatuan rakyat pelbagai kaum terus menjadi asas penting kepada agenda pembinaan negara bangsa, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

Beliau berkata, Tun Fuad yang dikenali sebagai arkitek utama kemerdekaan Sabah dan Ketua Menteri Sabah pertama memainkan peranan penting dalam rundingan pembentukan Malaysia termasuk memastikan kepentingan Sabah terpelihara melalui MA63 dan tuntutan 20 Perkara.

“Sumbangan beliau kekal sebagai legasi yang menegaskan bahawa kekuatan sebuah negara lahir dari perpaduan, saling menghormati dan kesediaan untuk bersatu demi masa depan bersama,” katanya ketika merasmikan Program Mengenang Negarawan Tun Fuad Stephens: Legasi Huguan Siou Membina Negara Bangsa di Le Meridien Kota Kinabalu, pada Isnin.

2c060483 67d3 4627 9e09 5366de519447

Tun Fuad turut memperkenalkan nama Sabah untuk menggantikan Borneo Utara selain memperjuangkan pengiktirafan Pesta Kaamatan sebagai perayaan rasmi untuk memperkukuh pembangunan budaya dan pendidikan masyarakat tempatan.

Beliau juga mengasaskan Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) pada 1961 dan membuka ruang kepada suara rakyat tempatan melalui penerbitan akhbar North Borneo News dan Sabah Times yang menjadi medium penting menyampaikan aspirasi rakyat sebelum pembentukan Malaysia.

IMG 7731

Aaron berkata, komitmen Tun Fuad terhadap perpaduan turut terserlah apabila beliau membubarkan UNKO pada 1967 untuk bergabung dengan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) demi kepentingan penyatuan rakyat dan kestabilan negara.

Menurutnya, pembinaan negara bangsa merupakan proses berterusan yang memerlukan komitmen semua pihak termasuk kerajaan, institusi pendidikan, masyarakat sivil, sektor swasta dan rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


TV Sabah | News Portal