Hilton Garden Inn Tuaran destinasi percutian dan pelancongan menarik

WhatsApp Image 2026 05 16 at 14.52.26

TUARAN: Hilton Garden Inn Kota Kinabalu Tuaran yang dikelilingi hutan bakau berdiri megah tidak jauh dari persisiran pantai, secara langsung memberi pemandangan indah dan suasana tenang dengan hembusan bayu laut yang memberikan nikmat terapi alam semulajadi.

Hotel yang baru dibuka pada 26 Mac lalu ini menawarkan suasana percutian pantai yang santai, memiliki keindahan alam semulajadi, dan disempurnakan dengan layanan mesra, menjadikan pilihan tepat kepada pengunjung untuk berehat dari kesibukan bandar.

WhatsApp Image 2026 05 16 at 14.55.25

Terletak kira-kira 30 minit dari pusat bandar Kota Kinabalu dan lebih sejam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), hotel ini menjadi antara destinasi menarik untuk menikmati keindahan pesisir di Wilayah Sabah.

Ketibaan tetamu disambut dengan layanan ramah bersama minuman alu-aluan yang menyegarkan selepas mengharungi perjalanan jauh.

WhatsApp Image 2026 05 16 at 14.59.37

Pemandangan pantai yang indah menyergap perasaan sebaik sahaja memasuki bilik penginapan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan ruang yang cukup selesa.

Dengan 167 bilik penginapan, dilengkapi dengan kolam renang terbuka, taman permainan air kanak-kanak, pusat kecergasan 24 jam, kemudahan dobi layan diri, Wi-Fi percuma dan parkit untuk tetamu – pakej hotel yang cemerlang cukup menambat hati.

WhatsApp Image 2026 05 16 at 15.03.16

Selain menikmati pelbagai hidangan lazat di Together & Co., reka bentuk hotel boleh dilihat dari persekitaran luar penginapan.

Panorama matahari terbenam yang cukup menarik dengan pemandangan laut dan kawasan pesisir Sabah dapat dinikmati di ruang bar terbuka di tingkat atas.

WhatsApp Image 2026 05 16 at 15.05.46

Keindahan sebenar Tuaran mula dirasai ketika menyertai pelayaran sungai bakau sambil menikmati pemandangan laut, Gunung Kinabalu dan perkampungan pesisir pantai yang cukup tenang.

WhatsApp Image 2026 05 16 at 15.06.54

Kehijauan pokok bakau bersama panorama jambatan Pan Borneo yang menghubungkan Tuaran dan Kota Belud menjadikan perjalanan itu lebih menarik.

Menjelang malam, suasana di kawasan bakau berubah menjadi lebih memukau apabila kelip-kelip mula memenuhi pokok-pokok di sepanjang sungai.

Dalam cahaya bulan yang samar, bunyi ombak perlahan dan tiupan angin laut yang nyaman menjadikan suasana malam di pesisir Tuaran terasa cukup damai.

WhatsApp Image 2026 05 16 at 18.02.39

Aktiviti berkayak bermula seawal jam 7 pagi melengkapkan pengalaman menikmati keindahan alam semula jadi di kawasan pesisir Tuaran.

Permukaan laut yang tenang bersama panorama Gunung Kinabalu, bukit-bukau dan kawasan bakau memberikan suasana pagi yang segar dan mendamaikan.

WhatsApp Image 2026 05 16 at 18.04.19

General Manager Hilton Garden Inn Kota Kinabalu Tuaran, Kristine Chan berkata hotel itu bukan sahaja mahu menawarkan penginapan selesa kepada pelancong, tetapi turut memperkenalkan keindahan alam dan pengalaman komuniti di Tuaran kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa.

“Walaupun hotel ini baru dibuka kira-kira sebulan lalu, kami sudah menerima pelancong antarabangsa termasuk dari Jepun dan Taiwan melalui rangkaian Hilton.

“Kami mahu tetamu yang datang ke sini dapat menikmati suasana pesisir Tuaran, aktiviti alam semula jadi dan pengalaman bersama komuniti setempat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal