RM7.6 bilion pelaburan diluluskan, 11 projek dalam perancangan

WhatsApp Image 2026 04 27 at 13.00.17

KOTA KINABALU: 30 April 2026 – Sebanyak 20 projek pelaburan diluluskan dengan nilai keseluruhan RM7.6 bilion, namun 11 projek masih pada peringkat ‘active planning’, kata Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Ewon Benedick.

Beliau berkata demikian untuk menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kedua DUN Sabah ke-17 pada April 2026.

Menurutnya, pelaburan itu merangkumi projek baharu dan peluasan operasi syarikat sedia ada.

Jelasnya, sebahagian projek telah memasuki fasa pelaksanaan manakala selebihnya masih dalam proses perancangan sebelum direalisasikan sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal