Sembilan finalis layak ke pentas akhir Zandi Tavanus zon Papar

IMG 2569

PAPAR: 21 April 2026 – Seramai sembilan finalis berjaya melayakkan diri ke pentas akhir Grand Final Zandi Tavanus Zon Papar, sekali gus menandakan kemuncak pertandingan yang bertujuan memperkasakan wanita, khususnya golongan ibu berusia 40 tahun ke atas.

IMG 2565

Pengerusi Zandi Tavanus Zon Papar 2026, Nazrie Bungin berkata, objektif utama penganjuran pertandingan ini adalah untuk menyediakan platform kepada wanita untuk menonjolkan potensi, bakat dan  keupayaan diri.

Menurut beliau, program ini juga memberi ruang kepada peserta untuk membina keyakinan, memperkukuh kemahiran dan membuka peluang kepada mereka untuk berdikari dan menjana pendapatan.

IMG 2571

Dalam masa sama, katanya, pertandingan ini turut mengangkat peranan wanita sebagai agen perubahan dalam keluarga, komuniti dan masyarakat.

Beliau menjelaskan bahawa golongan ibu kurang diberi peluang untuk menyerlahkan potensi diri walaupun memainkan peranan besar dalam institusi keluarga.

“Melalui platform seperti ini, mereka bukan sahaja mendapat pengiktirafan, malah mampu mengembangkan bakat dan menjadi inspirasi kepada wanita lain bahawa usia bukan penghalang untuk terus maju,” katanya.

IMG 2572

Dari segi penilaian, pertandingan ini menitikberatkan keupayaan peserta dalam menyampaikan idea, kemahiran komunikasi, keyakinan diri dan pembawaan diri yang profesional, selain kreativiti dan penghayatan budaya melalui pemakaian pakaian tradisional suku KDMR yang lengkap dan asli.

Grand Final Zandi Tavanus Zon Papar dijadual berlangsung pada 26 April 2026 bermula jam 1.00 tengah hari hingga 6.00 petang, dengan jualan tiket masih dibuka dalam kategori Platinum, Gold dan Silver, namun tempat adalah terhad dan akan ditutup sebaik sahaja habis dijual.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal