Perayaan Aidilfitri Cerminan Perpaduan Unik Sabah: Tze Vun

Abun

BEAUFORT: Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Sabah terus menyerlahkan semangat perpaduan apabila perayaan itu diraikan bersama oleh masyarakat berbilang kaum dan agama dalam suasana penuh harmoni.

Ketua Penyelaras Parti Solidariti Tanah Airku (StarSabah) merangkap Pemangku Ketua Bahagian Klias, Albun Jin Tze Vun, berkata, Aidilfitri diraikan secara bersama tidak kira kaum dan agama sebagai identiti Sabahan itu sendiri yang terus memelihara keharmonian dalam kalangan masyarakat Sabah yang terdiri daripada pelbagai kaum, keturunan dan latar belakang.

“Perayaan ini tersebut bukan sahaja diraikan oleh masyarakat Islam, malah turut disertai oleh kaum lain yang bersama-sama menghadiri majlis rumah terbuka dalam suasana penuh muhibah.

Begitu juga dengan perayaan Tahun Baru Cina, masyarakat Melayu turut sama meraikannya bersama masyarakat Cina di seluruh Sabah, khususnya melalui penganjuran rumah terbuka.

Dalam masa yang sama, masyarakat Cina juga tidak ketinggalan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan menghadiri majlis-majlis seumpamanya,” katanya kepada media ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediaman Tuan Yang Terutama Tun Dr Hj Musa Hj Aman di Kampung Bingkul, Beaufort pada Isnin.

Menurutnya, situasi ini mencerminkan keunikan budaya di Sabah di mana kepelbagaian kaum diraikan bersama dalam suasana penuh persafahaman apabila tidak musim perayaan.

“Kita di Sabah akan terus berusaha untuk mengukuhkan perpaduan serta memperkukuhkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum melalui sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Tahun Baru Cina dan lain-lain,” katanya lagi.

Caption: Tze Vun (kiri) bersama Tun Musa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal