Lebih 100 sertai kejohanan dart KKD

Dart3

Bull’s Eye – Andrew, aksi simbolik perasmian dengan balingan, disaksikan oleh barisan AJK Penganjur

TUARAN: Lebih 100 sertai kejohanan dart anjuran Persatuan Keturunan Keluarga Damit (KKD) diketuai oleh Timmie Jamleh dari La’ Darts Club, di Dewan Keturunan Keluarga Damit, Tenghilan, hari ini.

Dart4b
Para peserta mengabadikan gambar kenangan

Pertandingan terbahagi kepada dua kategori iaitu Trio Tertutup dan Single Wanita, masing-masing 87 orang dalam kategori Trio manakala 16 orang dalam kategori Single Wanita.

Johan bakal membawa pulang wang tunai RM1,500 bersama Piala Pusingan, naib johan menerima wang tunai RM1,000, tempat ketiga dan keempat masing-masing menerima RM500, manakala pemenang tempat kelima hingga ke kelapan menerima wang tunai RM150 setiap seorang sebagai penghargaan penyertaan mereka dalam kejohanan tersebut.

Yang Dipertua Persatuan Keturunan Keluaga Damit, Andrew Durat berkata program itu satu inisiatif terbaik untuk mengeraktkan silaturahim dalam kalangan ahli KKD, menghidupkan suasana persatuan dan membuka ruang kepada masyarakat untuk berinteraksi dan memperkukuh hubungan persaudaraan.

Timbalan Yang Dipertua KKD, Mark @ Haikal Jimmy Ngali berkata, ia merupakan acara sukan indoor pertama anjuran KKD dan berharap akan membuka ruang lebih banyak program sukan pada masa akan datang.

Penganjur berharap ia menjadi platform kepada pembangunan bakat dan menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan yang sihat dan berfaedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal