44 PATI ditahan dalam operasi di Kota Kinabalu

IMG 0499

KOTA KINABALU: 25 Februari 2026 – Seramai 44 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Operasi Sapu dan Operasi Kutip yang dilaksanakan di sekitar Kota Kinabalu pada 24 hingga 25 Februari  kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Menurut Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), operasi berkenaan dijalankan oleh 24 pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat JIM Kota Kinabalu yang memeriksa seramai 72 individu terdiri dari warganegara Indonesia dan Filipina.

photo 2026 02 26 17 11 45

Hasil pemeriksaan mendapati kesemua 44 individu yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

Dalam jumlah tangkapan itu, dua adalah warganegara Indonesia iaitu seorang lelaki dan seorang wanita dewasa, manakala selebihnya merupakan warganegara Filipina terdiri dari lapan lelaki dewasa, 12 wanita dewasa, sembilan kanak-kanak lelaki dan 13 kanak-kanak perempuan.

Sumber: Jabatan Imigresen Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal