Lelaki miliki syabu ditahan

photo 6107141078134754614 w

SEMPORNA: 20 Februari 2026 – Seorang lelaki warga Indonesia ditahan polis selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu seberat 5.05 gram dalam operasi khas di Kampung Rau-Rau, Lihak-Lihak pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna, Superintenden Tan Hiap Wah berkata, operasi dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Semporna kira-kira jam 1.30 pagi hasil maklumat risikan.

Serbuan di sebuah rumah tidak bernombor mendapati seorang lelaki berusia 56 tahun memilik bahan disyaki dadah jenis syabu seberat 5.05 gram.

Suspek kemudian ditahan dan dibawa ke IPD Semporna untuk siasatan lanjut. Hasil semakan mendapati lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 di bawah Seksyen 39A(1) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Sumber: Polis Daerah Semporna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal