DBKK tutup sementara jalan dan parkir sempena Bazar Ramadan 2026

photo 2026 02 20 10 09 37

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memaklumkan penutupan sementara beberapa laluan jalan dan kawasan parkir di pusat bandar sempena Bazar Ramadan 2026, yang dijadualkan bermula 19 Februari hingga 20 Mac 2026, setiap hari dari jam 1.00 tengah hari hingga 7.00 malam.

photo 2026 02 20 10 09 41

Penutupan melibatkan Laluan Deasoka termasuk Taman Poket dan sebahagian Jalan Tugu dan Jalan Bandaran, manakala kawasan parkir berhadapan Pejabat Pos Tanjung Aru turut ditutup sementara bagi memberi ruang kepada operasi bazar.

Menurut notis rasmi DBKK, langkah ini diambil bagi memastikan kelancaran penganjuran bazar dan keselamatan pengunjung dan peniaga sepanjang tempoh tersebut.

Sumber: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal