Dua maut kereta terbabas di Jalan Signal Hill Park

photo 2026 02 09 16 51 17

KOTA KINABALU: 9 Februari 2026 – Dua orang maut dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Signal Hill Park berhampiran Dewan Hakka, pada malam 8 Februari 2026.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda, berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut.

Siasatan awal mendapati kenderaan berkenaan dipercayai hilang kawalan ketika melalui laluan berselekoh sebelum terbabas, melanggar sebatang pokok dan seterusnya masuk ke dalam parit.

photo 2026 02 09 16 51 20

Akibat pelanggaran itu, dua penumpang disahkan meninggal dunia, masing-masing seorang di lokasi kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

“Beberapa mangsa lain, termasuk pemandu, dilaporkan cedera dan sedang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I dan II,” katanya.

Kenderaan tersebut telah ditahan bagi tujuan pemeriksaan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Kenyataan Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal