Tiga suspek ditahan dan pondok pengedaran syabu diroboh

photo 2026 02 06 10 49 09

SANDAKAN: 5 Februari 2026 – Tiga lelaki ditahan selepas didapati positif dadah manakala sebuah pondok dipercayai dijadikan lokasi pengedaran dan penagihan syabu dirobohkan dalam Operasi Bersepadu Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) bersama agensi penguat kuasa tempatan di beberapa kawasan setinggan di Sandakan, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP George Abd Rakman berkata, operasi dari jam 4 pagi hingga 5 petang itu menyasarkan Setinggan Kampung Pangeran Galpam, Setinggan Letat Batu 3 dan Kampung Kombo, Jalan Batu Sapi bagi membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah.

photo 2026 02 06 10 49 05
Sumber: Polis Daerah Sandakan

Beliau berkata, seorang lelaki ditahan dalam elemen narkotik, manakala dua lagi suspek dibawa oleh Balai Polis KM52 dan BSJD Sandakan untuk ujian saringan awal air kencing.

Hasil ujian saringan mendapati kesemua suspek positif amphetamine dan methamphetamine sebelum ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kini ditahan di lokap IPD Sandakan bagi siasatan lanjut.

Sumber: Polis Daerah Sandakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal