Foto: Joanes RJ
KOTA KINABALU: 27 Januari 2026 – Mesyuarat pertama yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam menetapkan Daerah Papar sebagai tuan rumah Pelancaran Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026, pada 1 Mei nanti.
Joachim berkata, Perayaan Kaamatan menjadi wadah penting untuk memelihara warisan budaya Sabah serta memperkukuh perpaduan dan semangat komuniti seluruh negeri.
“Kaamatan bukan sahaja menjadi medan meraikan hasil tuaian, tetapi juga simbol keharmonian dan kekayaan budaya masyarakat Sabah yang sentiasa dipertahankan dari generasi ke generasi,” katanya.
Beliau menekankan semangat perpaduan di samping menjaga budaya dan adat resam warisan turun temurun masyarakat Sabah.
Turut hadir Pembantu Menteri I, Datuk Limus Jury, Setiausaha Tetap KKRU Sabah, Datuk Ridhwan Roger Linus, Setiausaha Agung KDCA, Datuk Suman Yasambun, Bendahari KDCA, Datuk Joseph Paulus Lantip, pegawai-pegawai daerah, ketua-ketua jabatan, serta ahli jawatankuasa penganjur lain.
