Pengorekan pasir di Sungai Kadamaian digesa dihentikan segera

photo 2026 01 14 22 27 50

KOTA BELUD: 14 Januari 2026 – Susulan kontrovesi isu pengorekan pasir di Sungai Kadamaian, Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraisah Munirah Majilis dalam kenyataan Facebooknya menggesa Kerajaan Sabah mengambil tindakan tegas dan muktamad untuk menghentikan aktiviti pengorekan pasir di Sungai Kadamaian.

“Pertama, kita perlu faham bahawa urusan tanah dan sungai adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri sepenuhnya, dan jika kita mahu menghentikan pengorekan pasir ini, Kerajaan Sabah lah yang mempunyai kuasa mutlak untuk ‘once and for all’ (sekali dan untuk selamanya),” katanya.

Menurutnya, beberapa aduan dan surat rasmi telah dikemukakan sebelum itu kepada pihak berwajib dan agensi berkaitan untuk mendesak agar siasatan bersama tindakan tegas ke atas sebarang aktiviti pengorekan pasir yang menyalahi undang-undang.

Munirah memaparkan kebimbangan penduduk terhadap aktiviti pengorekan pasir dan pengambilan batu tanpa kawalan menimbulkan risiko keselamatan, infrastruktur, alam sekitar dan kehidupan masyarakat setempat.

Isu ini kembali menjadi perhatian umum selepas sebuah video aduan di Tiktok pempengaruh @HAI MANDAK!, Priska Magdalena Sinem, yang dimuat naik pada 13 Januari 2026, yang berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas tentang isu ini.

Sebelum itu, isu ini pernah mendapat liputan media arus Perdana Buletin TV3 pada 28 Disember 2024.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal