Bayi lelaki ditemui dalam tandas stesen minyak

PAPAR: 2 Januari 2026 – Seorang bayi lelaki baru dilahirkan ditemui dalam tandas wanita sebuah stesen minyak di Bongawan, awal pagi khamis.

Ketua Polis Daerah Papar berkata, pihaknya menerima maklumat itu kira-kira jam 1.20 pagi dari seorang wanita berusia 21 tahun.

Menurutnya, bayi itu ditemui masih berdarah sebelum dibawa ke Hospital Papar untuk pemeriksaan lanjut dan dilaporkan stabil.

Katanya, seorang wanita disyaki ibu kepada bayi tersebut telah ditahan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan, untuk siasatan lanjut.

Sumber: Sabah Revolusi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal