LAHAD DATU: 26 Disember 2025 – Seorang wanita tempatan ditahan polis selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu dalam satu serbuan yang dijalankan pada Khamis.
Suspek berusia 37 tahun itu ditahan kira-kira jam 10.50 pagi di sebuah bilik hotel di Jalan Seroja, Lahad Datu.
Pemeriksaan lanjut ke atas bilik berkenaan menemukan satu paket plastik lutsinar mengandungi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu serta sebatang straw yang telah diubah suai.
Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.
Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana penyalahgunaan dadah.
Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut.
Sumber: Polis Daerah Lahad Datu
