Dua Lelaki Ditahan Miliki Syabu di Tawau

photo 2025 11 21 18 12 47

TAWAU: 19 November 2025 – Dua lelaki warga asing ditahan oleh polis dalam dua serbuan berasingan di kawasan ladang sawit Kampung Sungai Burung, Tawau, selepas mereka disyaki memiliki syabu.

Kedua-dua suspek disahkan positif dadah menerusi ujian saringan awal dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

Serbuan dilakukan oleh anggota BSJND IPD Tawau hasil risikan di lokasi tersebut.

photo 2025 11 21 18 12 44

Dalam serbuan pertama kira-kira jam 4.10 petang, seorang lelaki berusia 20-an ditahan selepas polis menemui 0.14 gram syabu padanya.

Serbuan kedua, sekitar jam 4.40 petang, seorang lagi lelaki berusia 30-an turut ditahan dengan satu paket syabu seberat 0.15 gram.

Suspek kini direman untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal