Athur Josrin Usaha Perkukuh Pemeliharaan Seni Siga “Kinahu-kahu”

photo 6109670916951313297 y

KOTA KINABALU: 16 November 2025 – Manifesto Athur Josrin selaku RTK Klang Valley 2025 berjaya direalisasikan melalui penganjuran Bengkel Asas Melipat dan Membentuk Siga ‘Kinahu-Kahu’ Kadazan Penampang, hasil kerjasama rasmi bersama Borneo Headgears Gallery bertempat di Ohzem Social, Karamunsing Capital pada 2 November lalu.

photo 6109670916951313301 y 1

Bengkel tersebut dikendalikan oleh Bobby Idzar, pengasas Borneo Headgears Gallery, yang berkongsi kepakaran dalam teknik asas seni lipatan Siga, khususnya varian Kinahu-Kahu yang menjadi simbol identiti budaya masyarakat Kadazan Penampang.

Penganjuran berkenaan bertujuan memperkasa usaha pelestarian warisan budaya selain memberi pendedahan awal kepada generasi muda mengenai nilai seni dan makna tradisi Siga dalam komuniti KDMR khususnya di daerah Penampang.

photo 6109670916951313299 y

Objektif utama bengkel tersebut adalah memberikan pendedahan asas teknik melipat Siga, menghubungkan masyarakat dengan warisan budaya melalui pendekatan kreatif dan kontemporari, memelihara seni nenek moyang Kadazan Penampang serta membuka peluang keusahawanan dalam perkhidmatan lipatan Siga bagi majlis rasmi, kebudayaan dan sosial.

Dalam kenyataan Athur, beliau merakamkan penghargaan kepada Bobby Idzar atas kesediaan untuk berkolaborasi, di samping mengucapkan terima kasih kepada pengurusnya Musz Mussa, keluarga MTM Talent Management, serta pihak Ohzem Social dan OMG Academy atas penyediaan lokasi serta kelengkapan yang kondusif untuk pelaksanaan bengkel.

Beliau turut menghargai sokongan dan komitmen para peserta yang hadir, yang menjadikan penganjuran bengkel ini berjalan dengan lancar.

photo 6109670916951313298 y

Penghargaan khas turut diberikan kepada Casey Jovial, Pengerusi RTK Negeri Sabah, atas inspirasi dan bimbingan yang mendorong pelaksanaan manifesto RTK dengan penuh tanggungjawab dengan sokongan daripada TOP7 RTK 2025, iaitu Bryan Soo dan Reccarlo RY.

Inisiatif ini sekali gus memperkukuh komitmen terhadap usaha “Melestarikan Warisan Seni Melipat Siga, Khazanah Budaya Kita.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal