Kod QR Bantu Polis Tumpas Aktiviti Dadah

Gambar JPJKK

KOTA BELUD: 4 November – Tindakan pantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) hasil maklumat orang awam menerusi sistem QR Code Aduan Masyarakat berjaya membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan serta rampasan dadah jenis syabu dalam satu serbuan di Kampung Pirasan, pada 3 Oktober.

Menurut kenyataan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Kota Belud, serbuan dijalankan hasil risikan dan maklumat awam yang diterima, sebelum sepasukan pegawai dan anggota bertindak menyerbu sebuah rumah di kampung berkenaan.

Hasil pemeriksaan, polis menemui satu kotak rokok berwarna biru dan putih jenama ERA yang diletakkan berhampiran tilam tempat suspek baring. Pemeriksaan lanjut terhadap kotak tersebut menemukan satu keratan straw berisi ketulan hablur dipercayai dadah jenis syabu.

Suspek kemudian ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.

PDRM dalam kenyataannya menyeru orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah, khususnya penyalahgunaan dadah, bagi memastikan keselamatan dan keharmonian masyarakat terus terpelihara.

Langkah ini menunjukkan keberkesanan penggunaan QR Code Aduan Masyarakat sebagai medium pantas dan mesra rakyat dalam membantu pihak berkuasa membanteras jenayah di peringkat komuniti.

Sumber: Kenyataan Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal