Warga Asing Berhadapan Hukuman Mati Akibat Memiliki Syabu

photo 6068834655663753985 y

SANDAKAN: 30 Oktober 2025 – Seorang lelaki warganegara Filipina berhadapan dengan hukuman atau penjara seumur hidup di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 jika sabit kesalahan, kini ditahan untuk siasatan lanjut Polis menahan suspek dan merampas dadah jenis syabu seberat 1,464.4 gram bernilai kira-kira RM48,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah atas air di kawasan setinggan Batu 3, pada pagi khamis.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, serbuan kira-kira jam 5 pagi itu dijalankan hasil maklumat dan risikan oleh sepasukan pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) IPD Sandakan, dengan bantuan Bahagian Pencegahan (BP) Sandakan.

Hasil risikan mendapati premis berkenaan dipercayai dijadikan lokasi penyimpanan dadah jenis syabu dan tangkapan tersebut berjaya menumpaskan kegiatan seorang lelaki berusia 42 tahun yang disyaki berperanan sebagai pengedar dan penjaga stor penyimpanan dadah.

Pemeriksaan lanjut di lokasi menemui pelbagai bungkusan berisi bahan disyaki syabu dengan anggaran berat keseluruhan 1,464.4 gram.

Hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek juga didapati positif Amphetamine dan Methamphetamine, dan siasatan lanjut turut dijalankan di bawah Seksyen 15(1)(a) akta sama.

George menegaskan kejayaan ini hasil tindakan pantas dan kerjasama erat antara unit risikan serta pasukan operasi BSJND dan BP Sandakan.

Beliau menambah, PDRM komited mempergiatkan usaha membanteras pengedaran serta penyalahgunaan dadah di daerah ini secara berterusan bagi memastikan Sandakan bebas daripada ancaman jenayah dadah.

Sumber: Polis Daerah Sandakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal