TAMAN BOTANI TUN FUAD STEPHENS, BUKIT PADANG TELAH DIBUKA SEMULA BERMULA HARI INI

photo 6339071953523641362 y

KOTA KINABALU: 27 Oktober 2025 – Sebahagian kawasan Taman Botani Tun Fuad Stephens di Bukit Padang telah dibuka semula kepada orang ramai bermula hari ini, dan akan beroperasi setiap hari dari jam 6.00 pagi hingga 7.00 malam.

Pembukaan semula ini membolehkan pengunjung kembali melakukan aktiviti riadah seperti berjoging, berjalan dan mendaki melalui laluan utama yang telah disahkan selamat.

DBKK memaklumkan bahawa kerja-kerja naik taraf masih diteruskan di beberapa lokasi, namun tidak menjejaskan penggunaan laluan riadah utama.

Beberapa kawasan kekal ditutup kepada umum atas faktor keselamatan, termasuk Trek Mendaki No. 2, Botanical Centre, Commercial Plaza, Boardwalk dan Lake Walk, Conservatory Park, Bamboo Corner serta Herb Garden kerana kawasan tersebut masih dalam proses pembinaan dan hanya akan dibuka selepas siap sepenuhnya.

DBKK turut menasihatkan para pengunjung agar sentiasa berhati-hati ketika berada di laluan joging kerana kenderaan berat masih keluar masuk untuk penghantaran bahan binaan ke kawasan yang belum dibuka.

Kemasukan ke taman adalah percuma dan orang ramai bebas menikmati kemudahan riadah yang tersedia namun begitu, sebarang caj bagi penggunaan kemudahan tertentu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa setelah mendapat kelulusan pihak berkuasa.

DBKK menegaskan bahawa aktiviti memancing, barbeku, berkhemah serta berbasikal termasuk basikal bukit adalah tidak dibenarkan sama sekali di kawasan taman demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

Sehubungan itu, DBKK mengajak semua pengunjung agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dan menjaga kebersihan persekitaran bagi memastikan kelestarian Taman Botani Tun Fuad Stephens dapat dikekalkan sebagai destinasi riadah utama masyarakat.

Sumber: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal