82 PATI ditahan dalam operasi Imigresen di Sabah

47088c9e 0f78 48c8 8ecd 6e6efcdbfaeb

Oleh: Nurul Fazliana Norman

KOTA KINABALU: 3 Oktober 2026 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah menahan 82 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam 12 operasi penguatkuasaan di beberapa daerah di negeri itu dari 26 September hingga 1 Oktober lalu.

Operasi di Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Lahad Datu dan Keningau itu melibatkan pemeriksaan terhadap 288 individu. Tujuannya untuk membanteras kehadiran PATI dan penyalahgunaan kemudahan imigresen.

Jumlah tangkapan itu merangkumi 43 warganegara Filipina, iaitu 21 lelaki dewasa, 14 perempuan dewasa, tiga kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan.

Seramai 15 warganegara Indonesia turut ditahan, iaitu 11 lelaki dewasa, tiga perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan. Sementara itu, 24 lelaki dewasa warganegara Pakistan juga ditahan.

JIM Sabah memaklumkan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiatkan di lokasi strategik di seluruh daerah untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen.

Orang ramai diingatkan supaya tidak melindungi, menggaji atau membantu warga asing yang melanggar undang-undang. Maklumat berkaitan kegiatan PATI boleh disalurkan melalui SISPAA atau Sistem Pertanyaan Online (SPO) JIM.

Sumber: JIM Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal