Kompleks Sukan Sook Bakal Dibina, Pemangkin Pembangunan Sukan Tempatan

SOOK, 24 April 2025 – Kompleks sukan di Sook akan dibina tahun ini melalui peruntukan tambahan daripada Kerajaan Negeri, menjanjikan impak positif terhadap pembangunan sukan tempatan dan kemudahan riadah masyarakat.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin semasa perasmian Kejohanan Olahraga MSS Zon Trusmadi kali ke-40 di Sekolah Kebangsaan (SK) Tulid, Sook.

Ellron berkata, “Saya yakin dengan adanya kompleks ini, penganjuran kejohanan seperti ini akan menjadi lebih sistematik dan mampu menarik lebih banyak penyertaan di masa akan datang,”

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada penganjur Kejohanan Olahraga MSS Zon Trusmadi atas usaha menganjurkan acara tahunan yang dilihat sebagai wadah terbaik membina sahsiah murid di peringkat rendah.

Ellron menekankan kepentingan penglibatan awal murid dalam aktiviti sukan untuk membentuk disiplin, semangat kesukanan, dan nilai murni, selaras dengan usaha menjana pembangunan modal insan yang holistik seperti yang disasarkan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Beliau turut menyeru sokongan berterusan daripada ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti kokurikulum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TV Sabah | News Portal