60 usahawan kecil sertai kursus di Lahad Datu
Ryio Kenji
LAHAD DATU: Lebih 60 usahawan dan peniaga industi kecil sederhana menyertai kursus Keusahawanan dan Pemantapan Diri anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah di Mizzamor Ballroom, Perdana Square, di sini pada Selasa.
Kursus itu antara lain bertujuan memberi pendedahan kepada usahawan mengenai ilmu perniagaan dan skim-skim bantuan yang disediakan agensi kerajaan untuk membantu meningkatkan integriti mereka.
Setiausaha Rendah Pembangunan Modal Insan KPLB Sabah, Nekmah Abdullah berkata, kursus itu adalah yang kelapan diadakan membabitkan usahawan seluruh negeri Sabah.
“Program ini juga bertujuan untuk membantu golongan sasar keluar daripada kepompong kemiskinan sekaligus menjayakan visi serta misi KPLB untuk melihat golongan usahawan berjaya terutama kaum wanita,” katanya.
Beliau menzahirkan rasa penghargaaan kepada Mizma Appehdullah yang sangat komited untuk menjayakan kursus itu demi memastikan para usahawan khususnya golongan wanita di daerah ini memperolehi ilmu untuk meningkatkan sumber ekonomi mereka.
Turut hadir ialah Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Mohd Mursalin Mohd Tahir yang mewakili Pegawai Daerah Lahad Datu, dua wakil penceramah Big Venture Co, Nancy Vice Benji dan Abdul Rashid Abdul Karim serta Pegawai Pembangunan Masyarakat Segama, Mizma Appehdullah.
Tiga modul dibentangkan sepanjang kursus itu iaitu pertama Komunikasi Perniagaan dan Pemasaran, kedua Tujuh Ciri Usahawan Berjaya dan ketiga Motivasi ke arah usahawan berjaya.
– TV Sabah News
0 Comments