5 Tahun Senyap, Hezron Kembali Sertai Atmosfera — Trio Tampil Dengan Lagu Kaamatan Yang Lebih Segar

Share the news

Kota Kinabalu — Selepas lima tahun menyepi dari dunia hiburan, kumpulan muzik terkenal dari Sabah, Atmosfera, telah membuat kemunculan semula yang dinanti-nantikan — kali ini dengan formasi baharu sebagai trio.

Kembalinya Hezron, vokalis asal yang dikenali dengan keunikkan vokalnya, menghidupkan semula aura kumpulan yang pernah menjadi fenomena di seluruh Borneo. Selain kehadiran semula Hezron, turut mewarni lanskap muzik Atmosfera dengan kemasukan ahli ketiga, yang akan menandakan fasa baharu dalam perjalanan muzik kumpulan ini.

Sebagai simbolik kepada permulaan baharu dan sempena sambutan Pesta Kaamatan, Atmosfera telah melancarkan sebuah single baharu bertemakan Kaamatan — satu penghargaan ikhlas kepada perpaduan, warisan, dan permulaan baharu. Lagu ini kini boleh didengari menerusi saluran rasmi Rusa Music di YouTube.

Menggabungkan unsur tradisional dengan harmoni moden menjadikan lagu ini bukan sahaja cerminan semangat Kaamatan, malahan simbol kelahiran semula bagi kumpulan yang pernah mewarnai lanskap muzik pop Sabah.

Pengumuman penyatuan semula Atmosfera dan pembaharuan yang berlaku dalam kumpulan ini disambut meriah oleh para peminat dari seluruh negeri, dan pastinya akan mampu menghangatkan lagi suasana industri muzik Sabah sepanjang bulan Kaamatan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TV Sabah | News Portal