4 Terbunuh dan Gereja Dibakar dalam Insiden Tembakan di Michigan

photo 6258252428629624268 y

NEW YORK: 29 September 2025 – Empat orang maut manakala lapan lagi cedera selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan dan membakar sebuah gereja di Grand Blanc, Michigan pada awal pagi Ahad.

Ketua Polis Grand Blanc Township, William Renye berkata, siasatan awal mendapati suspek, Thomas Jacob Sanford, 40, yang merupakan bekas anggota Marin Amerika Syarikat, bertindak merempuh masuk ke dalam bangunan gereja dengan kereta sebelum melepaskan tembakan ketika upacara keagamaan sedang berlangsung.

Suspek kemudian menyalakan api yang menyebabkan gereja musnah terbakar.

Dia akhirnya maut selepas berbalas tembakan dengan pihak polis.

Pada mulanya, pihak berkuasa mengesahkan dua kematian, namun angka korban meningkat kepada empat apabila dua lagi mayat ditemui di bawah runtuhan bangunan.

Mangsa yang cedera, termasuk beberapa kanak-kanak, telah dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan.

Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan terperinci termasuk pemeriksaan di kediaman suspek dan analisis rekod komunikasi bagi mengenal pasti motif serangan.

Insiden ini menambah kebimbangan terhadap isu keganasan bersenjata di Amerika Syarikat yang terus mencatatkan insiden berdarah di rumah ibadah.

Sumber: Harian metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal