Tuesday, December 24, 2024

4 penjuru pertandingan Parlimen Semporna, 7 calon DUN Bugaya

SEMPORNA: Kerusi Parlimen Semporna menyaksikan pertandingan empat penjuru manakala kerusi Dewan Undangan Negeri N.66 Bugaya pula mengesahkan seramai tujuh calon layak bertanding.

Antara calon bagi kerusi Semporna adalah Nixon Abdul Habi (GRS-BERSATU), Arastam Im Pandorog (PH-PKR) dan Ab Rajik Rajak Hamid (Pejuang) dan penyandang kerusi Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal (WARISAN).

Sementara bagi kerusi Bugaya menampilkan Jamil Hamzah (WARISAN), Abd Aziz Mohd Ibno (BN-UMNO), Nazmahwati Walli (Parti Bangsa Malaysia), Arastam Im Pandorog (PH-PKR), Kairil Tg Kuraini (PPRS), Mohd Hassan Abu Bakar (Pejuang) dan Zulfadzli Shi Ahmad (Bebas).
Pengumuman dilakukan oleh Pengurus PRU P.189 Semporna, Juraimin Jadil pada jam 11 pagi Jumaat.

Dun Bugaya yang terletak di Parlimen Semporna kosong susulan kematian penyandangnya Allahyarham Manis Muka Mohd Darah pada 17 November 2020 kerana komplikasi buah pinggang.

– TV Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights