KOTA KINABALU: 19 April 2026 – Seramai 37 warga asing ditahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah di Kota Kinabalu dan Lahad Datu, semalam.
Di Kota Kinabalu, seramai 75 individu diperiksa membabitkan 45 warga tempatan dan 30 warga Filipina.
Enam warga Filipina ditahan iaitu empat lelaki dewasa dan dua perempuan dewasa kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Sementara itu di Lahad Datu, seramai 78 individu diperiksa membawa kepada penahanan 31 warga asing.
24 warga Filipina ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah, manakala tujuh lelaki warga Pakistan ditahan kerana tinggal melebihi tempoh mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Kesemua yang ditahan dibawa ke depot imigresen untuk tindakan lanjut.
JIM Sabah menegaskan komitmen berterusan dalam memperkukuh penguatkuasaan bagi membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) serta memastikan kedaulatan undang-undang negara terus terpelihara.
Sumber: Jabatan Imigresen Negeri Sabah
