KOTA KINABALU: 14 September 2026 – Kira-kira 3,000 orang dijangka hadir pada Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC) pada 16 September ini.
Menteri Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin, berkata sambutan tahun ini memberi penekanan kepada penglibatan generasi muda.
Menurutnya, perkara penting bukan hari sambutan tahunan, sebaliknya penghayatan, terutama dalam kalangan generasi muda, “Mereka perlu memahami sejarah dan erti pengisian kemerdekaan.”
Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi di sini hari ini.
Penglibatan generasi muda diteruskan menerusi penyertaan 300 pelajar institusi pengajian tinggi dalam Kumpulan Suara Hari Malaysia, di samping persembahan kebudayaan dan artis tempatan.
Sambutan itu dipindahkan dari Padang Merdeka ke SICC berikutan cuaca tidak menentu dan faktor keselamatan.

