Tuesday, December 24, 2024

3 calon wanita Sabah antara pemenang PRU15

KOTA KINABALU: Tiga calon wanita Sabah yang bertanding dalam pilihan raya umum yang baru selesai pada Sabtu adalah antara 31 wanita yang mendapat mandat daripada pengundi untuk mewakili kerusi parlimen masing-masing.

Ketua Wirawati Warisan, Isnaraissah Munirah Majilis berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kota Belud dengan majoriti 4,582 undi. Beliau menewaskan saingan terdekat Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang hanya memperoleh 20,566 undi.

Seorang lagi calon wanita menang parlimen Beaufort ialah Datuk Siti Aminah Aching. Beliau adalah calon Barisan Nasional (BN) mendapat majoriti 2,518 undi mengalahkan lima calon lain.

Setiausaha Publisiti DAP Sabah, Vivian Wong mengekalkan kerusi parlimen Sandakan dengan majoriti 11,031 menewaskan pesaing terdekat daripada parti Warisan Alex Thien yang mendapat 5,642 undi.

Vivian daripada parti Pakatan Harapan memperolehi 16,673 undi turut mengalahkan empat calon yang lain.

Mereka adalah antara 31 calon wanita yang menang daripada 127 yang bertanding bagi kerusi parlimen.

Sementara itu,
seramai 15 daripada 60 calon yang bertanding di kerusi DUN di Perlis, Perak, Pahang dan Bugaya di Sabah berjaya memenangi kerusi masing-masing.

Daripada jumlah itu seramai 16 adalah calon Pakatan Harapan (PH), lima Gabungan Parti Sarawak (GPS), enam Perikatan Nasional (PN), tiga daripada Barisan Nasional (BN) dan seorang daripada Warisan.

Jumlah calon wanita yang bertanding dalam PRU15 ialah 187 berbanding 251 pada PRU14.

Seramai 15 calon wanita yang memenangi kerusi DUN itu adalah daripada PH (7), PN (5) dan BN (3).

Antara calon PH yang menang ialah Dr Wan Azizah Wan Ismail yang memenangi kerusi Parlimen Bandar Tun Razak, Teo Nie Ching (Kulai), Teresa Kok (Seputeh) dan Hannah Yeoh (Segambut).

Sementara itu, calon GPS Nancy Shukri mendapat semula kerusi parlimen Santubong dan Rubiah Wang mengekalkan kerusi parlimen Kota Samarahan.

Muka baru yang diketengahkan GPS, Rodiyah Sapiee menewaskan calon PH Cikgu Lahaji untuk memenangi kerusi Parlimen Batang Sadong dengan majoriti 14,893 undi.

Calon BN Noraini Ahmad memenangi kerusi parlimen Parit Sulong, Azalina Othman Said (Pengerang) dan Aminah Aching (Beaufort).

Keputusan muktamad PRU semalam ialah PH berjaya memenangi 82 kerusi parlimen, PN (73), BN (30), GPS (22), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (6), Warisan (3), PBM satu kerusi dan dua calon bebas.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights