29 Warga Filipina Ditahan

FB IMG 1772596337895

RANAU: 4 March 2026– Seramai 29 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina ditahan dalam Operasi Penguatkuasaan yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah di tiga lokasi berbeza sekitar daerah ranau pada Selasa.

Dalam operasi tersebut, pasukan penguat kuasa memeriksa 41 individu sebelum menahan 29 daripadanya atas pelbagai kesalahan imigresen.

Dari jumlah yang ditahan, ia membabitkan 11 lelaki dewasa, lapan perempuan dewasa, lima kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan.

Kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah, selain turut disiasat mengikut Seksyen 36 akta sama.

Menurut kenyataan JIM Sabah, semua individu yang ditahan telah dibawa ke Depot Imigresen bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Sumber: Sabah Revolusi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal