280 warga Filipina dihantar pulang melalui ICQS Lahad Datu

IMG 4373

LAHAD DATU: 13 Oktober 2026 — Seramai 280 tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dihantar pulang ke negara asal menerusi pengusiran melalui jalan laut ke Pelabuhan Bongao, Filipina, hari ini.

Pemindahan menggunakan feri komersial itu dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dari Depot Imigresen Tawau melalui Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Lahad Datu.

Tahanan tersebut membabitkan 193 lelaki dewasa, 51 perempuan dewasa, 16 kanak-kanak lelaki dan 20 kanak-kanak perempuan berusia antara satu bulan hingga 90 tahun.

Selain laluan laut, JIM Sabah turut melaksanakan siri pemindahan PATI melalui udara pada 10 Oktober lalu.

Tindakan itu melibatkan empat tahanan lelaki warga China yang dihantar pulang melalui Lapangan Terbang Tawau ke Guangzhou, dan 11 tahanan perempuan warga Filipina dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke Manila.

Setakat ini, statistik keseluruhan PATI yang berjaya diusir pulang oleh JIM Sabah mencecah 5,915 orang membabitkan pelbagai warganegara.

Jurucakap JIM Sabah mengesahkan kesemua tahanan terbabit telah selesai menjalani hukuman di bawah undang-undang negara dan dibekalkan dokumen perjalanan yang sah sebelum proses penghantaran pulang dilakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!

Klik gambar untuk maklumat lanjut


This will close in 15 seconds

TV Sabah | News Portal