23 PATI ditahan dalam operasi Imigresen di Ranau

625121316 25596533210038623 510071676193862003 n

RANAU: 2 Februari 2026 — Seramai 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan di sekitar Ranau kelmarin.

Daripada 38 individu yang diperiksa, 21 lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa, semuanya warganegara Filipina, disyaki melanggar Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 36 Akta Imigresen 1959/63.

Operasi itu melibatkan 16 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dari Pejabat Imigresen Daerah Ranau dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Ranau.

JIM Sabah menegaskan tindakan tegas akan terus diambil terhadap individu atau pihak yang melindungi atau menggaji PATI. Masyarakat juga digalakkan menyalurkan maklumat mengenai kehadiran warga asing tanpa izin di kawasan masing-masing.

Sumber : Jabatan Imigresen Negeri Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal