22,881 Kertas Undi Pos Dikeluarkan

photo 2025 11 20 10 17 27

KOTA KINABALU: 19 November 2025 – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengesahkan sebanyak 22,881 kertas undi pos telah dikeluarkan untuk semua pengundi layak bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah Ke-17.

Pengeluaran kertas undi pos itu dijalankan pada 17 dan 18 November di semua 73 bahagian pilihan raya negeri, selaras dengan Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

Daripada jumlah tersebut, 21,362 kertas undi pos diperuntukkan untuk petugas pilihan raya, ahli dan pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera dan petugas media (Kategori 1A), 336 untuk warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara (Kategori 1B), manakala 1,183 lagi untuk anggota agensi dan organisasi tertentu (Kategori 1C).

photo 2025 11 20 10 17 47

SPR memaklumkan bahawa proses pengeluaran kertas undi pos dijalankan dengan kehadiran ejen undi pos dari parti atau calon bertanding sebagai langkah memastikan ketelusan dan pematuhan terhadap peraturan pilihan raya.

Pengundi pos turut diingatkan supaya menandakan kertas undi dengan betul, melengkapkan Borang 2 (Pengisytiharan Identiti) dan segera memulangkannya kepada Pegawai Pengurus di Dewan Undangan masing-masing sebelum 5.00 petang pada Hari Mengundi, 29 November 2025 (Sabtu).

Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal