KOTA KINABALU: 22 September 2025 – Universiti Malaysia Sabah (UMS) melakar sejarah tersendiri apabila 15 saintisnya tersenarai dalam kelompok dua peratus Saintis Terbaik Dunia 2025, satu pengiktirafan berprestij yang diterbitkan oleh Stanford University dengan kerjasama Elsevier.
Seramai 14 saintis diiktiraf dalam kategori Single Year Citation Impact bagi tahun 2024, manakala enam lagi disenaraikan dalam kategori Career-Long Citation Impact.
Menariknya, beberapa saintis cemerlang muncul dalam kedua-dua kategori tersebut, menjadikan jumlah keseluruhan penerima seramai 15 orang.
Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata pencapaian itu membuktikan keupayaan universiti dari Borneo untuk berdiri sebaris dengan institusi penyelidikan terkemuka dunia, selain mengukuhkan reputasi UMS sebagai pusat ilmu yang digelar “Brain of Borneo.”
Senarai saintis yang diiktiraf dalam kategori Single Year Citation Impact termasuk Prof. Dr. Hanudin Amin, Dr. Teo Siow Hwa, Prof. Dr. Jason Teo Tze Wi, Prof. Ts. Dr. Zainul Amiruddin Zakaria, dan Prof. Madya Dr. Christophe Patrice Andie Wiart.
Turut tersenarai ialah Prof. Dr. Md. Shafiquzzaman Siddiquee, Dr. Noora Barzkar, Prof. Madya Ts. Dr. Rovina Kobun, Prof. Ir. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly, Prof. Dr. Md Lutfor Rahman, Prof. Madya Dr. Shigeharu Sato, Prof. Ts. Dr. Uda Hashim, Prof. Dr. Rayner Alfred, dan Dr. Nurul Elyani Mohamad.
Sementara itu, bagi kategori Career-Long Citation Impact, saintis UMS yang tersenarai ialah Prof. Ts. Dr. Zainul Amiruddin Zakaria, Prof. Madya Dr. Christophe Patrice Andie Wiart, Prof. Dr. Jason Teo Tze Wi, Prof. Dr. Md. Shafiquzzaman Siddiquee, Prof. Ir. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly dan Prof. Dr. Md Lutfor Rahman.
Pengiktirafan ini sekaligus memperkukuh kedudukan UMS di peringkat antarabangsa, selain menjadi pemangkin kepada jaringan kerjasama lebih luas dengan komuniti, agensi kerajaan, industri, serta institusi akademik di peringkat serantau dan global.
Sumber: Sabah Media
