KOTA KINABALU: 20 Ogos 2026 — Seramai 111 warga asing ditahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah di Kota Kinabalu, Sandakan dan Kudat pada 18 hingga 19 Ogos lalu.
Daripada 224 individu yang diperiksa, kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan imigresen seperti tiada dokumen sah dan melanggar syarat pas.
Di Kota Kinabalu, 66 warga asing ditahan manakalah Sandakan mencatat 27 tangkapan dan Kudat 18 tangkapan.
Tangkapan membabitkan 104 warga Filipina dan tujuh warga Indonesia, termasuk 50 kanak-kanak.
JIM Sabah berkata operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat untuk membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI).
Orang ramai diseru tidak melindungi atau menggaji PATI dan menyalurkan maklumat melalui saluran rasmi jabatan.
Sumber: Jabatan Imigresen Negeri Sabah

