Yang di-pertuan Agong Titah Kementerian Pertahanan untuk batalkan Cadangan Pembelian Helikopter Black Hawk Usia 30 Tahun

MERSING: 16 Ogos 2025 – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan Kementerian Pertahanan agar membatalkan cadangan pembelian helikopter Black Hawk lama yang dilaporkan berusia lebih 30 tahun.

Baginda selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menegaskan supaya kementerian berkenaan tidak mengulangi kesilapan lalu dengan memperoleh aset ketenteraan terpakai yang boleh mengundang risiko kepada keselamatan anggota.

Sultan Ibrahim turut menekankan kepentingan ketelusan dalam setiap urusan perolehan pertahanan negara dan menolak sebarang campur tangan pihak perantara yang boleh menyebabkan kos meningkat.

Titah Baginda, sebarang keputusan pembelian aset pertahanan mesti dilakukan dengan teliti dan mengutamakan kepentingan keselamatan serta keberkesanan Angkatan Tentera Malaysia.

Baginda bertitah demikian ketika menyampaikan Titah Diraja sempena Perbarisan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas ke-60 di Kem Iskandar, Mersing.

Sumber: Majestic News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal