Warisan punca banyak projek batal, kata Hajiji

PAPAR: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Warisan adalah punca banyak projek pembangunan untuk rakyat termasuk di daerah ini dibatalkan.
“Projek yang sudah dilulus mereka batalkan kerana tidak setuju dengan kami. Jalan seperti Jalan Pantai Papar-Lok Kawi misalnya sudah ada kelulusan daripada kerajaan BN sebelum ini tetapi mereka batalkan,” katanya di majlis himpunan jentera Wanita Muafakat GRS-BN Papar, di Kampung Sungai Padang, pada Sabtu.
Katanya, projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang sedang rancak dilaksanakan
tetapi tertangguh apabila Warisan memerintah dan kesannya ia lambat siap tidak seperti di di Sarawak.
Hajiji berkata, semua ini disebabkan oleh Warisan.
“Inilah yang mereka lakukan. Mereka tidak tumpu kerja untuk kesejahteraan rakyat tapi melakukan sesuatu yang luar biasa dan banyak yang menjadi mangsa mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Hajiji menyatakan keyakinannya terhadap Armizan yang dicalonkan
GRS di kerusi Parlimen Papar untuk merampas kerusi berkenaan daripada Warisan.
Katanya, Warisan sudah diberi peluang mewakili Parlimen selama sepenggal, namun tiada perubahan yang dibawa atau dilaksanakan sepanjang tempoh itu.
“Sekarang kita mahu wakil rakyat dari kerajaan kerana pembangkang tidak dapat bawa
apa-apa. Saya mahu Papar ini terus maju dan membangun”.
“Papar memang hebat dan hari ini ia diterjemahkan menerusi muafakat GRS-BN.
InsyaAllah, dengan kerja kuat jentera GRS-BN, calon kita di Papar ini akan menang
dengan cemerlang,” katanya.
– Tv Sabah News
0 Comments