Monday, December 23, 2024

Warga tua ditemui lemas di Sungai Dewata

Anggota bomba & penyelamat melakukan pencarian di kawasan Sungai Dewata.

Ryio Kenji

LAHAD DATU: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hanyut pada Ahad lalu, sudah ditemui di tebing Sungai Kampung Dewata pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Bin Rashid berkata, mangsa berusia 80an itu dilaporkan dihanyutkan arus deras semasa menyeberangi sungai untuk pergi ke kawasan kebun sawit pada Ahad.

Pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam kira-kira jam 4.43 petang Ahad.

Menurut laporan, mangsa dipercayai terjatuh ketika cuba menyeberang sungai untuk ke ladang sawit. Mangsa dipercayai dihanyutkan air sungai yang deras berikutan hujan yang turun sejak semalaman.

Anggota bomba & penyelamat melakukan pencarian di kawasan Sungai Dewata.

Menurut Sumsoa, Pasukan Bomba dan Penyelamat menjalankan operasi SAR di sepanjang sungai Dewata sejauh dua Kilomteter dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hanyut. Bagaimanapun operasi ditangguhkan pada jam 6.20 petang Ahad.

Operasi hari kedua diteruskan pada 7 pagi dengan bantuan orang awam yang membuat pencarian di kawasan tebing sungai Kampung Dewata.

Mangsa berjaya ditemui jam 9.30 pagi Isnin, kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh.

Identiti mangsa belum dikenalpasti kerana tiada sebarang pengenalan diri ditemui pada mayat mangsa.

– Tv Sabah News

Banner Content

0 Comments

Leave a Comment

Verified by MonsterInsights