Warga emas maut selamatkan cucu dalam kebakaran

WhatsApp Image 2022 11 14 at 18.47.07 3 e1668433649440

Warga emas maut selamatkan cucu dalam kebakaran

60091060 ac5f 4556 ab9b 8b6bbb9aadf2
Kebakaran di Kg Puyut pada awal subuh

LAHAD DATU: Seorang lelaki warga emas ditemui rentung manakala 11 rumah papan musnah dalam satu kebakaran pada awal pagi di Kampung Puyut, Jalan Pantai kira-kira 2 kilometer dari bandar Lahad Datu.

Menurut saksi, mangsa dikatakan sempat menyelamatkan seorang cucunya dengan menarik keluar daripada rumah mereka yang sedang terbakar, kemudian mangsa masuk semula tetapi gagal keluar daripada rumah berkenaan.

WhatsApp Image 2022 11 14 at 18.47.07 4 edited

Mangsa yang rentung itu dikenali sebagaI Roslan Bin Said berusia 66 tahun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Bin Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.33 pagi dan tiba di tempat kejadian kira-kira jam 4.50 pagi.

7fb88236 0861 444b 8e73 0b81187b860e
Calon GRS Parlimen Lahad Datu Datin Maizatul melawat tempat kebakaran.

Sepasukan anggota bomba dan dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan turut membantu anggota polis serta anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Dalam kejadian juga, empat kereta milik penduduk kampung turut musnah.

Menurut Sumsoa, punca kejadian dan nilai keseluruhan harta benda yang musnah dalam kebakaran itu masih lagi dalam siasatan.

Di fahamkan seramai 54 mangsa terlibat dalam kejadian itu dan kesemua mereka ditempatkan sementara di Balai Raya Kampung Puyut.

Sementara itu Datin Maizatul Akman Alawi melawat mangsa kebakaran selepas mendapat tahu mengenai kejadian itu.

011b5806 bb93 4127 a93a 982411b7917c
Datin Maizatul bersama isteri mangsa maut kebakaran.

Calon BN bagi kerusi parlimen Lahad Datu ini diiringi Pegawai Daerah Lahad Datu, Firuz Idzualdeen @Benetty Mohd Dzul dan pegawai-pegawai yang lain.

Dalam lawatan itu beliau memberikan bantuan berupa makanan kepada kesemua mangsa terlibat yang akan disalurkan menerusi Markas BN Pusat Daerah Mengundi (PDM ) Panji Baru.

– Tv Sabah News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal