KOTA BELUD: 3 Oktober 2025 – Seorang warga emas berusia 92 tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam di Kampung Sogo Narinang, Kota Belud, ditemui meninggal dunia pagi tadi.
Mangsa, Sami bin Biu, dikatakan keluar ke kebun sejak jam 8 pagi semalam namun tidak pulang sehingga lewat petang, menyebabkan keluarganya membuat laporan kehilangan kepada pihak berkuasa.
Operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan oleh pasukan bomba bersama polis serta penduduk kampung.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud, PPgB Elge Bakuk, memaklumkan bahawa mangsa ditemui oleh orang kampung di tepi sungai, kira-kira 19 kilometer dari kediamannya, pada jam 7.43 pagi.
Mangsa kemudiannya diangkat menggunakan pengusung oleh pasukan bomba dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi rasmi ditamatkan pada jam 8.54 pagi.
Sumber: Sabah Dimensi