Warga Asing Ditahan Dalam Ops Tapis Tawau, Polis Rampas Lebih 50 Gram Syabu

TAWAU: 27 Ogos 2025 – Lebih 50 gram dadah jenis syabu dirampas dalam satu operasi khas Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Tawau, di kawasan Apas Balung hari ini.

Seorang suspek lelaki warga asing berusia sekitar 40 tahun, ketika berada di sebuah pondok bas, bertindak agresif dan berusaha melarikan diri, namun berjaya ditahan selepas dikepung pasukan polis.

Pemeriksaan lanjut menemukan sebuah bekas kecil mengandungi 11 paket plastik lutsinar berisi hablur jernih dipercayai dadah jenis syabu dengan anggaran berat 51.26 gram, suspek kemudiannya dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Walaupun ujian air kencing menunjukkan dia negatif bahan terlarang, pihak berkuasa tetap menahan lelaki itu bersama barang rampasan. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman berat terhadap pengedaran dadah.

Polis menegaskan operasi seumpama itu akan diteruskan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat.

Sumber: Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal