Wanita Sabah Digalak Manfaatkan Sokongan KWKKR

photo 6156887352157081109 y

KOTA KINABALU: 09 March 2026 – Wanita di seluruh Sabah, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman, digalakkan untuk berhubung dengan Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah (KWKKR) bagi mendapatkan sokongan dan bantuan berkaitan pelbagai isu.

photo 6156887352157081110 y
Julita(tengah) merasmikan majlis jamuan makan malam sempena sambutan Hari Wanita di Dewan Hakka. Goh berada di sebelah kanannya, manakala Haw di kanan keempat

Datuk Julita Majungki berkata, kementerian itu sentiasa terbuka kepada wanita yang memerlukan bantuan, panduan atau sokongan dalam menangani cabaran yang dihadapi.

Jelasnya, Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) turut menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk bantuan guaman percuma kepada wanita yang menghadapi isu keluarga tetapi tidak mampu mendapatkan khidmat guaman.

photo 6156887352157081111 y
Julita diiring masuk ke dewan semasa majlis jamuan makan malam sempena Sambutan Hari Wanita

Tambahnya lagi, KWKKR kini memberi tumpuan kepada tiga bidang utama iaitu wanita, kesihatan dan kesejahteraan rakyat bagi memastikan kebajikan masyarakat terus terpelihara.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis jamuan makan malam sempena sambutan Hari Wanita anjuran Bahagian Wanita Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) di Dewan Hakka, pada Ahad.

Sumber: Media Datuk Julita

Cap Gambar Utama: Julita(ketiga dari kiri) diapit oleh Goh(kanan) dan Haw(kiri) menerima cenderamata dari FCAS pada majlis jamuan makan malam sempena sambutan Hari Wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


TV Sabah | News Portal