Wanita Luar Bandar Ejen Pembangunan Negara

photo 2025 10 22 16 07 42

KOTA KINABALU: 22 Oktober 2025 – Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, menekankan peranan wanita luar bandar sebagai ejen perubahan dalam pembangunan negara, khususnya dalam memperkukuh komuniti desa ke arah kemajuan menyeluruh.

Seminar Kepimpinan Wanita Luar Bandar Negeri Sabah 2025 bertemakan “Wanita Inklusif, Desa Progresif” telah menghimpunkan hampir 300 peserta terdiri daripada pemimpin komuniti, wakil pertubuhan wanita dan usahawan desa dari seluruh Sabah.

Program ini menjadi landasan untuk memperkukuh semangat kepimpinan dan memperluas jaringan kerjasama dalam kalangan wanita luar bandar.

Menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), pelbagai dasar dan inisiatif sedang dilaksanakan bagi memastikan golongan wanita luar bandar mendapat akses setara kepada pendidikan, peluang pekerjaan, latihan kemahiran dan sumber ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup serta keupayaan berdikari.

photo 2025 10 22 16 07 35

Pada tahun ini, Institut Kemajuan Desa (INFRA) telah melatih lebih 1,300 peserta wanita di seluruh negara melalui program seperti Kursus Pemerkasaan Komuniti Desa: Modul Wanita dan Seminar Kepimpinan Wanita Luar Bandar yang memberi penekanan kepada kemahiran kepimpinan dan keusahawanan.

Seminar tersebut turut menjadi platform memperkukuh keyakinan diri serta keterampilan kepimpinan wanita, di samping menggalakkan penglibatan mereka dalam proses membuat keputusan komuniti yang menyentuh aspek pembangunan ekonomi dan sosial.

Inisiatif ini selaras dengan aspirasi KKDW untuk melahirkan wanita luar bandar yang progresif, berdaya saing dan mampu menyumbang secara aktif kepada pembangunan desa di seluruh Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Sponsored

Ready to get noticed? Advertise with us!


 

This will close in 5 seconds

TV Sabah | News Portal